*Kini Ada Cara Yang Lebih Mudah Untuk Melabur Dalam Pelaburan Patuh Syariah, Hanya Dengan Aplikasi Pintar, Tanpa Perlu Isi Borang, Tanpa Melalui Ejen, Dengan Yuran Tahunan Paling Rendah*
Assalamu'alaikum dan Salam Hormat pada yang membaca.
Berikut adalah sedikit sebanyak info tentang Wahed Invest.
WAHED Inc merupakan syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia, berpengkalan di Amerika Syarikat dan telah menyediakan akses kepada pelaburan Islamik ke lebih 130 negara.
Wahed Invest telah memilih Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi operasi di Asia Pasifik, dan telah dilancarkan di Malaysia pada 29 Oktober 2019. Di Malaysia, Wahed Invest mempunyai 4 orang ahli panel penasihat syariah. Antaranya ialah Dr. Aznan Hasan, ahli lembaga syariah AAOIFI, ahli panel penasihat syariah KWSP dan Maybank Islamik.
Wahed Invest Malaysia ialah satu-satunya platform pelaburan robo-advisory patuh syariah yang telah dilesenkan dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission) untuk beroperasi di Malaysia sebagai Islamic Digital Investment Manager di bawah Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.
Wahed Invest diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana yang melibatkan teknologi inovatif dalam perkhidmatan pengurusan portfolio secara automatik yang ditawarkan kepada pelanggan di bawah lesen yg dikeluarkan.
Apabila melabur di aplikasi Wahed Invest, dana akan dimasukkan ke Pacific Trustees Berhad yang bertugas untuk menyimpan dan menjaga dana anda.
Sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pelanggan Wahed Invest Malaysia (Wahed Technologies Sdn Bhd) dilindungi sehingga RM100,000 oleh Capital Market Compensation Fund (CMCF).
*Portfolio Wahed Invest*
- 50 saham syarikat terbesar di Amerika Syarikat dalam bentuk Dana Dagangan Bursa atau Exchange Traded Funds (ETF)
- saham-saham syarikat-syarikat besar di Malaysia dalam bentuk Dana Dagangan Bursa atau Exchange Traded Funds (ETF)
- sukuk - bon Islam (RHB Islamic Bond Fund)
- emas
- tunai
Sumber Rujukan:
https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/listing_directory/company-profile?stock_code=0827EA&fbclid=IwAR1JhQxUrTvRdboPjaGXBxqc3z_3qV1d6hA-45Rwhh2OO9N3xKSeRydHwpI
Portfolio-portfolio yang ada untuk pilihan pelabur:
- Very aggressive/Sangat Agresif (pulangan paling tinggi, risiko paling tinggi)
- Aggressive/Agresif
- Moderately Aggressive/Sederhana Agresif
- Moderate/Sederhana
- Moderately Conservative/Sederhana Konservatif
- Very Conservative/Sangat Konservatif (pulangan paling rendah, risiko paling rendah)
*Pertumbuhan Portfolio Wahed Invest Malaysia 29 Oktober 2019 Hingga 12 Februari 2020*
Portfolio Sangat Agresif : 14.72%
Portfolio Sederhana Agresif : 10%
Portfolio Sangat Konservatif : 3.40%
Wahed Invest juga akan mengeluarkan penyata zakat pada akhir tahun.
*Berminat menyertai pelaburan Wahed Invest?*
Deposit minima cuma RM100, dan RM20 bonus percuma akan dimasukkan ke akaun anda dalam 14-30 hari bekerja oleh Wahed Invest sekiranya anda menggunakan Kod Rujukan rubmoh1. Deposit RM100 ini mestilah berada di dalam akaun Wahed Invest sekurang-kurangnya sebulan bagi melayakkan anda menerima bonus RM20 dari Wahed Invest.
Anda boleh memilih untuk memasukkan deposit sekali sahaja dan menambah pada bila-bila masa. Penambahan adalah optional/tidak wajib. Di Aplikasi Wahed Invest, ada kemudahan untuk aktifkan penambahan secara mingguan atau bulanan. Pilihan ini juga boleh ditukar bila perlu.
Pengeluaran minima cuma RM1 dan tiada sebarang yuran dikenakan untuk deposit dan pengeluaran wang.
Yuran pengurusan dana sangat rendah, cuma
- 0.79% setahun untuk pelaburan di bawah RM499,900
- 0.39% setahun untuk pelaburan melebihi RM500,000
*Cara-cara Untuk Buka Akaun Dengan Wahed Invest Malaysia*
Anda perlu:
- dana RM100 (minima)
- telefon pintar dan internet
- MyKad
- bukti alamat terkini (MYKad, lesen memandu, bil utiliti, atau lain-lain)
- Kod Rujukan untuk mendapatkan RM20 percuma dari Wahed Invest. Gunakan Kod Rujukan rubmoh1
Muat turun Aplikasi Wahed Invest ke telefon pintar anda. Tekan link berikut
https://app.wahedinvest.com/referral
atau boleh muat turun dari Google Play Store / Apple App Store
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.wahed.mobile&hl=en
https://apps.apple.com/ae/app/wahed-invest/id1440724971
Langkah 2:
Lancar Aplikasi Wahed Invest dan daftar. Masukkan email, password dan sahkan email.
Jawab 8 soalan mudah dari Wahed Invest untuk mengenalpasti tahap toleransi risiko dan objektif pelaburan anda. Kemudian Aplikasi Wahed Invest akan mencadangkan portfolio yang sesuai untuk anda. Anda boleh terima cadangan portfolio tersebut atau menukar pilihan dengan menekan simbol ">" di sebelah kanan.
Langkah 3:
Setelah memilih portfolio dan sebelum anda klik terima semua terma dan perjanjian, ada soalan dengan tulisan biru "Do you have a referral code?" atau "Adakah anda mempunyai kod rujukan?" Klik link soalan tersebut dan masukkan Kod Rujukan (Referral Code) rubmoh1 kemudian tekan butang 'guna' atau 'apply' supaya anda dapat bonus RM20. Kalau tertinggal bahagian ini, memang tak boleh patah balik untuk mengisi kod tersebut.
Langkah 4:
Seterusnya, lengkapkan proses pendaftaran dan pengesahan identiti serta pengesahan alamat untuk membuka Akaun Pelaburan dengan Wahed Invest. Masukkan nama penuh, tarikh lahir, alamat tempat tinggal dan surat-menyurat, nombor telefon dan sebagainya. Untuk pengesahan identiti melalui video selfie, cuma patuhi arahan yang diberi dan pastikan video itu kurang dari 25 saat.
Langkah 5:
Deposit wang tunai ke akaun Wahed Invest anda melalui Aplikasi Wahed Invest
- tekan menu Funding
- masukkan jumlah RM100 atau lebih
- pilih instant pay (FPX)
Jika anda berhenti pada langkah 3 atau 4, pastikan untuk melengkapkan langkah 5 iaitu memasukkan deposit minima RM100 ke dalam akaun anda dalam masa 30 hari. Jika tidak, tak dapat bonus RM20 tadi.
Biasanya ini akan mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk diproses, dan Wahed Invest akan memaklumkan kepada kita melalui email bahawa deposit tersebut telah diterima dan pelaburan kita telah pun bermula.
*Program Rujukan/Referral*
Setelah akaun anda diluluskan, anda akan mendapat kod rujukan/referral sekiranya anda ingin memperkenalkan peluang ini pada kawan-kawan dan keluarga anda. Wahed Invest akan memasukkan bonus RM20 ke akaun mereka yang mendaftar menggunakan kod rujukan. Anda akan dapat RM20, kawan anda pun dapat RM20 juga. Bonus ini akan dikreditkan ke akaun pelaburan masing-masing dalam 14-30 hari bekerja.
Kelulusan dan lesen Wahed Invest daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Rujukan:
https://ers.seccom.com.my/public/Default.aspx?menu=2&formname=frmSearchCom&field=name&companyname=wahed
https://ers.seccom.com.my/public/CompanyGeneralInfo.aspx?LicenceID=37306
Penasihat Syariah : Dr Aznan Hasan
- Ijazah pertama dalam Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir
- Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Kaherah dengan perbezaan (mumtaz)
- Ph.D dari University of Wales, Lampeter, United Kingdom
- Profesor Madya di IIUM Institut Perbankan dan Kewangan Islam Kampus (IIBF)
- Pengerusi Jawatankuasa Syariah Maybank Islamic
- Presiden Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam
- Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
- bekas ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
Jika ada soalan, perlukan maklumat lanjut atau masih keliru tentang cara mendaftar akaun di Wahed Invest, boleh bertanya di ruangan komen di bawah, atau email kepada malaysiasupport@wahedinvest.com
*INFO TERKINI - PENTING*
Amaran Scam
Pastikan anda melabur menggunakan Aplikasi Wahed Invest sahaja. Terdapat scammer (penipu) yang menggunakan nama dan logo Wahed Invest serta surat palsu dari Bank Negara dan sebagainya untuk memancing pelaburan terus ke akaun bank mereka dengan menawarkan pakej-pakej dengan pulangan tetap yang besar. Lihat screenshot di bawah.
Ini pun scam / penipuan
Penafian/Disclaimer:
Wahed Technologies Sdn Bhd (“Wahed”) dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai syarikat Pengurusan Pelaburan Digital (DIM). Wahed diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana yang melibatkan teknologi inovatif dalam perkhidmatan pengurusan portfolio budi bicara secara automatik yang ditawarkan kepada pelanggan di bawah lesen yang dikeluarkan mengikut Jadual 2 Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.
Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kerugian wang yang anda laburkan dan prestasi lalu tidak menjamin prestasi masa akan datang. Sejarah pulangan, pulangan dijangka dan unjuran kebarangkalian disediakan untuk tujuan maklumat dan ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan prestasi masa akan datang yang sebenar. Wahed tidak bertanggungjawab terhadap liabiliti bagi hasil perdagangan dan pelaburan anda.